Wednesday, 24 June 2015

Puding Gula Hangus Sempoi!!!


Resepi Puding Gula Hangus Mama

Bahan-bahan
8 biji telur ayam gred C


1 tin susu cair F&N krimer sejat


1 tin air masak
1 sudu kecil essen vanilla 


7 sudu besar gula

+ 7 sudu besar gula untuk caramel 

Kesemua bahan-bahan tersebut dikacau menggunakan sudu saje cukup.

Kemudian untuk caramel nya. Masukkan gula dalam 7 sudu besar dalam loyang dan panaskan api beberapa minit sahaja sambil kacau sehingga keperangan. 


Tapi jangan sampai hangus gula tersebut. Pahit! Sekadar brown sikit pun dah memadai. Sejukkan....


Last masukkan bahan-bahan yang telah digaulkan bersama telur tadi ke dalam loyang. 


Masukkan ke dalam periuk pengukus lebih kurang 30 minit. 


Siap puding caramel.... 


Untuk lebih enak, puding gula hangus @ caramel dimasukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dimakan... Yummmy!!!? Cubalah... Best!!! 

Mencari homestay?

Homestay Mama Seri Manjung